Notis Privasi Easy Statistik SPSS

Sistem menggunakan Google OAuth untuk mendapatkan nama, alamat e-mel, ID akaun Google dan foto profil bagi tujuan log masuk serta kawalan akses. Sistem tidak meminta kata laluan Google.

Dataset yang dimuat naik disimpan pada pelayan hosting dan hanya boleh diakses oleh pemilik akaun serta pentadbir sistem. Pengiraan statistik utama dilakukan dalam pelayar pengguna selepas dataset dimuatkan.

Apabila fungsi AI digunakan, hanya output statistik dan konteks analisis dihantar kepada endpoint AI yang dikonfigurasi oleh pentadbir. Dataset mentah tidak dihantar oleh modul AI lalai.

Pentadbir bertanggungjawab menetapkan tempoh penyimpanan, sandaran, kawalan akses dan pematuhan kepada dasar institusi serta undang-undang perlindungan data yang terpakai.

Kembali ke log masuk